|
MAHATHIR ADALAH BAPA KEZALIMAN MALAYSIA |
|
POLITIK WANG: SIAPA BAKAL JADI KORBAN?Mr. Canggih Memang sukar untuk diterima hakikat bahawa UMno adalah sebuah parti 'terbersih'. Justeru itu para pemerhati politik dalaman UMno berpendapat bahawa adalah penting untuk 'mengumpan' orang tertentu untuk 'mencemar' kekebalan politik wang UMno itu. Ini bertujuan meraih simpati ahli dan bekas ahli serta mengendurkan perasaan rakyat yang tertekan oleh sifat kekebalan itu. Malangnya agenda politik wang yang di peringkat tertinggi, namun pemimpin bawahan juga menjadi korban mangsa 'umpanan' itu. Agenda yang cuba diwar-warkan ialah mengenai seseorang yang sanggup menjadi saksi untuk membuktikan bahawa UMno tidak bebas dari amalan politik wang. Anihnya ia melibatkan peringkat bahagian atau exco. Justeru penangkapan akan dilakukan untuk membuktikan bahawa betapa tegasnya UMno menghadapi rasuah politik. Taktik kotor berpolitik menjadi kesinambungan apabila MT menolak mesyuarat Bahagian Gua Musang yang menggenapkan kelayakan Tengku Razaliegh bertanding atas tiket Naib Presiden. Untuk menutup tembelang itu atau cuba mengalihkan perbuatan 'salah laku' Majlis Tertinggi terhadap Bahagian UMNo Gua Musang, maka agenda politik wang diketengahkan semata-mata seperti mahu menutup bangkai khinzir dan wabak JE yang menjulang!! Hishamuddin pula kali ini mendapat giliran untuk bertindak sebagai 'pemberita' dengan mengorbankan dua atau tiga orang ahli exco Pemudanya. Sudah pasti mereka yang sanggup disembelih itu kini telah pun menerima ganjaran yang setimpal akibat pengorbanan yang dilakukan untuk parti. Demikian gambaran sebuah parti sekular yang bertuhankan wang dan ringgit!! Tidak terpamir keikhlasan 'agenda' memberkas ahli politik yang tumbuk rusuk, apabila sasarannya hanyalah ikan bilis. Sedangkan 'jerung' terus mengganas dan menelan apa sahaja di hadapannya. Sedang 'pemberita' UMno itu beraksi di pentas media, BPR seolah-olah masih diulit mimpi dan tidak sedar untuk menyahut latahan si-pemberita UMno tersebut. Jika benar agenda membersihkan aktiviti politik wang mengapa tidak sahaja di tangkap Daim, Mahathir, Megat Junid, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Rafidah Aziz, Pak Lah, Muhammad Taib, Rahim Thamby Chik, Ramli Ngah Talib dan Kadir Sheikh Fadzir. Rakyat perlu menyedari kewujudan agenda politik wang hanyalah satu sandiwara UMno di pentas media, untuk menutup realiti sebenar aktiviti politik wang yang berlaku. Yang pasti UMno berpendapat, 'ketrampilan' berita politik wang pasti mengisi ruang berita untuk menutup kezaliman para pemimpinnya terhadap pemimpin rakyat dari pembangkang yang ditangkap ekoran Perhimpunan Aman Black 14. Antara Black 14 dan politik wang, adalah antara faktor yang menguji kewibawaan UMno masa kini. |